Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

Norhasram Mohamad
14 julai 2017
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/rm5-6-juta-perkukuh-industri-kenaf-1.702591
Sumber: Sinar Harian

 

 
Insentif penanaman kenaf bernilai RM2,385 sehektar bagi pengeluaran fiber dan RM2,999 bagi benih sebagai galakan kepada penanam sekali gus meningkatkan hasil kenaf negara.


PASIR PUTEH - Kerajaan memperuntukkan RM5.6 juta bagi memperkukuhkan industri kenaf dengan menyasarkan keluasan kawasan penanaman 2, 200 hektar tahun ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, kementerian melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sentiasa berusaha membantu pekebun dalam meningkatkan produktiviti masing-masing.
Katanya, insentif penanaman kenaf bernilai RM2,385 sehektar bagi pengeluaran fiber dan RM2,999 bagi benih sebagai galakan kepada penanam sekali gus meningkatkan hasil kenaf negara.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 katanya, kerajaan meluluskan pembinaan pemprosesan kenaf dan produk berasaskan tanaman tersebut bernilai RM25 juta di Setiu, Terengganu yang dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.
"Kerajaan juga mewujudkan Pusat Pemprosesan Kenaf In-Situ (PPKI) di Pasir Puteh, Kelantan dan Rompin, Pahang yang mengeluarkan serta membekalkan bahan mentah kenaf.
"Kita berharap LKTN terus berusaha memperkukuhkan pembangunan industri ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Kenaf," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (Ikrar) di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kampong Beraangan, Selising dekat sini, hari ini.