Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

Program Dialog MPIC telah diadakan pada 19 dan 20 September 2016 bertempat di Dewan Serbaguna , Aras G, MPIC. Program Dialog MPIC ini juga dikenali sebagai konsultasi industri Komoditi yang menjadi platform interaksi dan komunikasi antara kementerian dengan pihak industri, persatuan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam isu komoditi negara. 

 

Program selama 2 hari ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB. Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri MPIC seterusnya mempengerusikan dialog pada jam 9.30 pagi. Turut hadir bersama, Y.Bhg. Datuk M. Nagarajan, Ketua Setiausaha, Y.Brs. Puan Zurinah Pawanteh, TKSUK serta peserta dialog yang terdiri wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan, korporat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).