Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat MPIC dan Agensi pada 7 September 2016. KIK 2016 mempertandingkan dua kategori iaitu Teknikal dan Pengurusan. Sebanyak enam kumpulan dari empat agensi terlibat dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Agensi-agensi yang terlibat ialah MPOB dan MPB masing-masing dua kumpulan manakala MTIB dan LKTN masing-masing satu kumpulan yang menyertai KIK pada kali ini.

Berikut adalah pemenang bagi KIK Peringkat MPIC dan Agensi pada tahun ini:

• Kategori Pengurusan – CESS TEAM dari (MPOB)

Tajuk Projek: Transaksi Kutipan Wang Ses Sukar Dikesan

• Kategori Teknikal – DeVO (LKTN)

Tajuk Projek: Kaedah Pengasingan Fiber dan Core Kurang Cekap

Kedua-dua pemenang ini akan mewakili MPIC ke Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) yang merupakan acara tahunan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang akan diadakan pada November ini.

 

                                        

    Kategori Pengurusan – CESS TEAM dari (MPOB)                                 Kategori Teknikal – DeVO (LKTN)

Tajuk Projek: Transaksi Kutipan Wang Ses Sukar Dikesan           Tajuk Projek: Kaedah Pengasingan Fiber dan Core Kurang Cekap