Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH HON. DAYA GAMAGE, MENTERI PERUSAHAAN UTAMA SRI LANKA KE MPIC

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Malaysia, YB Datuk Seri Mah Siew Keong telah menerima kunjungan hormat Menteri Perusahaan Utama Sri Lanka, YB Encik Daya Gamage di pejabatnya pada 2 September 2016.  

Pertemuan ini merupakan satu platform perbincangan dua hala melibat kedua-dua negara mengenai peluang-peluang baharu serta mekanisme terbaik dalam aspek akses pasaran dan seterusnya meningkatkan perdagangan dalam produk berasaskan komoditi antara Malaysia dan Sri Lanka.

Selain itu juga, kedua-dua menteri juga turut membincangkan bidang-bidang kerjasama dalam industri getah terutamanya dalam pembangunan sektor hiliran. Hasil perbincangan ini, Malaysia turut bersedia untuk memberi pertimbangan sewajarnya dalam aspek bantuan perkhidmatan pengujian (R&D) dan bantuan perkhidmatan yang lain kepada pengeluar produk getah di Sri Lanka. 

Rantau Selatan Asia yang dianggotai Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka merupakan destinasi eksport utama bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi yang mencecah nilai sebanyak RM14.96 bilion pada 2015.

Deligasi Sri Lanka turut dihadiri oleh YB. Sandith Samarasinghe, Encik D S L Talagala,   Encik Ibrahim Ansar, Pesuruhjaya Tinggi, Sri Lanka di Malaysia manakala YBhg. Datuk M. Nagarajan, Ketua Setiausaha turut hadir bersama mewakili pengurusan tertinggi MPIC.