Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

1. Jemaah Menteri pada 2 Mac 2005 telah memberi mandat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun akan datang, bermula dari 2006 sehingga 2020. 

2. Objektif pelaksanaan PPLH adalah bertujuan untuk:

(i) menggalakkan penanaman ladang hutan secara komersial;

(ii) menambah pelaburan dalam industri perkayuan; dan 

(iii) menjamin bekalan bahan mentah berterusan dalam industri perkayuan.  

3. Selaras dengan dasar ini, Kementerian menyasarkan lebih kurang 130,000 hektar ladang hutan akan dapat dibangunkan di bawah program ini.

4. Terdapat sembilan jenis spesies yang diluluskan di bawah PPLH iaitu:

(i) Getah (Timber Latex Clone);

(ii) Akasia; 

(iii) Kelempayan/Laran;

(iv) Batai;

(v) Jati;

(vi) Binuang; 

(vii) Khaya;

(viii) Sentang; dan

(ix) Buluh. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Forest Plantation Development Sdn. Bhd.
Level 9, Menara PGRM 2,
No.8, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 603- 9282 9000
Faks : 603-9286 1002 / 1003