THE SENATE PARLIAMENT 2006
| TARIKH | PERTANYAAN | JAWAPAN |
|---|---|---|
| 25/07/2006 Selasa |
Tuan Munusamy a/l Mareemuthu minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan bagi R&D di Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi meningkatkan pengeluaran getah asli memandangkan harga getah telah meningkat di pasaran dunia. |
KLIK DI SINI |
| 07/12/2006 Khamis |
Puan Hajah Saripah Aminah Binti Haji Syed Mohamed minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah pembaharuan untuk melonjakkan industri kelapa sawit di bawah Pelan Industri Pertanian Ketiga (PIP3) dan apakah cabaran yang bakal dihadapi Kementerian dalam merealisasikannya. |
KLIK DI SINI |
| 11/12/2006 Isnin |
Datin Paduka Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan sejauh manakah Kementerian mendapat kerjasama Kerajaan-kerajaan negeri bagi tujuan pembukaan ladang-ladang bagi melaksanakan projek-projek di tanah-tanah hak milik Kerajaan Negeri. |
KLIK DI SINI |
|
Tuan Gooi Hoe Hin minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membanteras kempen memburuk-burukkan imej minyak sawit kononnya industri minyak sawit merosakkan alam sekitar dan membunuh hidupan liar. |
KLIK DI SINI | |
| 12/12/2006 Selasa |
Y.B. Dato' Hj. Idris Bin Haji Buang minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah persiapan/persediaan Malaysia untuk membuat biodiesel lebih-lebih lagi dari kelapa sawit satu kejayaan yang bakal menjadi tunggak ekonomi Malaysia dan apakah jangka masa yang dirancangkan untuk sasarannya. |
KLIK DI SINI |
|
Tuan Hii Tiong Kuoh (Sarawak) minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dirancang oleh Kementerian bagi meningkatkan pembangunan industri hiliran getah di Sarawak. |
KLIK DI SINI | |
|
Y.B. Tuan Gooi Hoe Hin minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan prestasi kadar Perolehan Minyak (KPM)/Oil Extraction Rate. |
| |
| 13/12/2006 Rabu |
Y.B. Tuan Gooi Hoe Hin minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan program dan langkah yang diambil untuk meningkatkan penggunaan sisa buah tandan kelapa sawit (empty fruit bunch) yang dianggarkan lebih kurang 3 ribu juta metrik tan setahun. |
KLIK DI SINI |
| 14/12/2006 Khamis |
Y.B. Senator Hii Tiong Kuoh (Bintulu) minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menjelaskan status terkini mengenai program tanaman lada berkelompok di Sg Asap untup meningkatkan pendapatan penanaman lada di Sg Asap. |
KLIK DI SINI |
|
Y.B. Datuk Dr. Lee Chong Meng minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menambahkan pengeluaran biodiesel dalam negara memandangkan mengikut sesuatu kajian yang telah dijalankan, pengeluaran biobahan api di pasaran global iaitu termasuk ethanol dan biodiesel akan berkembang daripada kurang satu juta tong sehari kepada kira-kira tiga juta tong sehari menjelang tahun 2030. |
KLIK DI SINI | |
| 18/12/2006 Isnin |
Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato N.S Maniam minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan berapakah jumlah pekerja tempatan yang masih terlibat dalam sektor perladangan negara kita dan adakah golongan ini sebahagian daripada mereka yang terjejas akibat daripada mainstream development serta adakah mereka diberi peluang untuk memiliki kemudahan perumahan dan kemudahan asas yang lain oleh syarikat-syarikat perladangan. |
KLIK DI SINI |
|
Tuan Chiw Tiang Chai minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah cabaran utama negara untuk mengekalkan status sebagai pengeluar utama sawit dan getah kerana kini Indonesia dilihat semakin menggila di dalam penerokaan tanah untuk bersaing dengan kita, apakah ini nanti akan menjatuhkan harga pasaran semasa. |
KLIK DI SINI | |
|
Y.B. Senator Hii Tiong Kuoh (Bintulu) minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan status terkini perbincangan mengenai Forest Law Enforcement, Governance and Trade antara Malaysia dengan Kesatuan Eropah. |
| |
| 19/12/2006 Selasa |
Puan Hajah Sharifah Azizah Binti Dato' Syed Zain minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan berapakah jumlah sebenar pekerja asing dan pekerja tempatan dalam sektor perladangan sehingga kini serta berapa peratuskah jumlah penguasaan sektor komoditi Malaysia berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. |
KLIK DI SINI |
|
Y.B. Datuk Dr. Lee Chong Meng minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menguasai pasaran biodiesel global memandangkan negara kita merupakan pengeluar utama minyak sawit dunia dan memiliki teknologi pemprosesan yang ringkas dan terbukti berkesan sejak 20 tahun. |
KLIK DI SINI | |
| 20/12/2006 Rabu |
Y.B. Tuan Hii Tiong Kuoh minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan bilangan kilang biodiesel yang telah diluluskan lesen di negeri Sarawak dan berapakah yang dijangka akan beroperasi pada tahun 2006 dan 2007. |
KLIK DI SINI |
| TARIKH | PERTANYAAN | JAWAPAN |
|---|---|---|
| 09/05/2006 Selasa |
Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kriteria-kriteria yang menyebabkan berlakunya lonjakan yang mendadak terhadap harga getah asli di pasaran dan berapa lamakah kestabilan harga ini boleh dijamin serta apakah cadangan Kementerian untuk meluaskan lagi penanaman getah di negara ini. |
KLIK DI SINI |
| 10/05/2006 Rabu |
Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah jangka panjang Kementerian dalam menangani permintaan komoditi yang sering berubah-ubah seperti getah dan kelapa sawit. Mengapakah kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama getah dunia telah jatuh daripada nombor satu dan nyatakan kedudukan Malaysia pada masa ini. |
KLIK DI SINI |
| 15/05/2006 Isnin |
Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan strategi Kerajaan untuk memastikan bekalan minyak sawit yang secukupnya supaya harga minyak sawit sebagai minyak masak tidak terjejas kerana persaingan industri biodiesel. |
KLIK DI SINI |
| 16/05/2006 Selasa |
Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan 'sustainability' industri biodiesel sekiranya harga minyak sawit melampaui RM2,400.00/MT (metrik tan) seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998. |
KLIK DI SINI |
| 17/05/2006 Rabu |
Puan Wan Ubaidah Binti Omar minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah perkembangan terhadap usaha-usaha Kerajaan untuk memperkenalkan bio-diesel sebagai alternatif kepada bahan api. Bilakah usaha-usaha ini dapat dikomersialkan sepenuhnya. |
KLIK DI SINI |
|
Puan Siti Zailah Binti Mohd Yusoff minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan selain getah dan kelapa sawit, adakah kerajaan sedang berusaha untuk mencari komoditi lain sebagai alternatif. |
KLIK DI SINI | |
| 18/05/2006 Khamis |
Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang menambahkan peruntukan untuk negeri Sarawak bagi membiayai program menanam getah jenis 'high-yielding Latex Timber Clone' (LTC), yang amat sesuai bagi keadaan geografi Sarawak yang boleh membantu meningkatkan lagi pendapatan penduduk luar bandar disebabkan harga getah 'natural rubber' diramalkan akan meningkat di pasaran dunia. |
KLIK DI SINI |
| 22/05/2006 Isnin |
Tuan Lee Sing Chooi minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa jenis biofuel dalam kajian di Malaysia dan bantuan-bantuan yang diberi oleh Kerajaan serta berapakah R&D berkenaan biofuel yang dikendalikan dengan kerjasama negara asing. |
KLIK DI SINI |
| 24/05/2006 Rabu |
Datuk Ratnam a/l Muthiah minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berikutan harga getah di pasaran yang semakin meningkat, adakah Kementerian akan menggalakkan pekebun-pekebun kecil dan ladang supaya menanam getah secara besar-besaran seperti dahulu dan apakah sumbangan ataupun insentif Kementerian terhadap pekebun yang ingin menanam semula getah. |
KLIK DI SINI |
|
Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato N.S. Maniam minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan mengapa Kerajaan masih belum mewujudkan jawatan pegawai untuk menjaga pendudul ladang seperti mana yang telah wujud untuk kampung (Ketua JKKK) dan juga bagi kampung Baru (Pegawai Kemajuan Perkampungan). |
KLIK DI SINI |







