HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIAMENT 2006
| Article Index |
|---|
| HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIAMENT 2006 |
| DEWAN RAKYAT ( 26 Jun - 18 Julai 2006 ) |
| DEWAN RAKYAT ( 13 Mac - 4 Mei 2006 ) |
| All Pages |
| TARIKH | PERTANYAAN | JAWAPAN |
|---|---|---|
| 23/08/2006 Rabu |
Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail (Arau) minta MENTERI PERUSAHAAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah serangan kulat fusarium yang menjejaskan hasil keluaran tembakau, pisang dan Dragon Fruit (Buah Naga) negara. |
KLIK DI SINI |
| 06/09/2006 Rabu |
Tuan Jawah Anak Gerang (Lubuk Antu) minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah peruntukan yang sudah dikeluarkan setakat ini kepada pekebun-pekebun kecil yang tidak berkemampuan untuk membeli benih sawit di seluruh negara dan bilangan pekebun-pekebun kecil yang sudah diberi bantuan oleh Kerajaan; dan masalah-masalah yang dihadapi oleh Kerajaan dengan tanah khasnya di Negeri Sarawak dari segi pengagihan peruntukan kepada pemohon-pemohon yang berminat. |
KLIK DI SINI |
| 12/09/2006 Selasa |
Tuan Aaron Ago Anak Dagang (Konawit) minta MENTERI PERUSAHAAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan supaya tanah adat bumiputera (NCR land) Sarawak boleh dibangunkan oleh pemiliknya sendiri secara estet kecil dengan perusahaan ladang sawit, ladang getah, kebun buah-buahan dan lain-lain dengan menggunakan bantuan Kerajaan yang telah dilancarkan oleh Kementerian dalam tahun 2005. |
KLIK DI SINI |
| 13/09/2006 Rabu |
Y.B. Alexander Nanta Linggi (Kapit) minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah usaha kaji selidik (research and development) telah dibuat bagi memastikan impak sebenarnya terhadap alam sekitar jika minyak sawit diguna sebagai bahan api dalam produk diesel. |
KLIK DI SINI |
| 19/09/2006 Selasa |
Tuan Jimmy Donald (Sri Aman) minta MENTERI PERUSAHAAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan hingga hari ini apakah bantuan yang telah sampai ke akar umbi dalam usaha Kementerian membantu kaum Bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak yang ingin menanam tanah hak Bumiputera mereka dengan kelapa sawit dan getah. |
KLIK DI SINI |
| 21/09/2006 Khamis |
Dato' Che Min Bin Che Ahmad (Pasir Puteh) minta MENTERI PERUSAHAAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan memandangkan tanaman alternatif telah gagal meningkatkan pertanian para petani bagi menggantikan tanaman tembakau kepada petani, apakah langkah serius diambil untuk mengatasi masalah tersebut. |
KLIK DI SINI |
| 06/11/2006 Isnin |
Y. B. Dato' Jacob Dungau Sagan (Baram) minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan bilangan kilang biodiesel yang telah dibina di negara ini dan setakat manakah pengeluaran biodiesel ini nanti boleh meringankan keperluan minyak fosil di negara ini pada masa hadapan. |
KLIK DI SINI |
| 13/11/2006 Isnin |
Dato' Kamarudin Bin Jaffar (Tumpat) minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengurangkan pengeluaran tembakau sebagai sokongan kepada kempen 'Tak Nak' merokok dan apakah cadangan Kerajaan untuk menggantikan tanaman alternatif menggantikan tembakau. |
KLIK DI SINI |
| 13/11/2006 Isnin |
Tuan Kulasegaran a/l Murugeson (Ipoh Barat) minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan kerugian yang diakibatkan oleh merebaknya Ganoderma di pokok-pokok kelapa sawit dan setakat mana kejayaan yang dicapai dalam proses menghalang kempen anti minyak sawit. |
KLIK DI SINI |
| 14/11/2006 Selasa |
Y.B. Datuk Dr. wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (Santubong) minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan berapa peratuskah sumber minyak sawit akan diguna untuk menyokong pembangunan dasar biodiesel negara. Adakah kajian terperinci dibuat atas kerugian pengeluaran minyak sawit sebagai bahan makanan dan dalam jangkaan Kementerian apakah nisbah berpatutan untuk biodiesel dari kelapa sawit dan bahan lain. Apakah jenis tumbuhan alternatif yang dikenal pasti dan sila beri senarai nisbah akhir pengeluaran negara bagi biodiesel. |
KLIK DI SINI |
| 27/11/2006 Isnin |
Y.B. Datuk Haji Mohd Razali Bin Che Mamat (Kuala Krai) minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan mengenai teknologi pengeluaran getah menggunakan konsep Sistem Torehan Intensiti Rendah (LITS) dan mampukah industri getah negara memikul tanggungjawab sebagai pembekal bahan mentah utama tanpa mengimport daripada negara luar. |
KLIK DI SINI |
| 05/12/2006 Selasa |
Datuk Abdul Ghapur Bin Haji Salleh (Kalabakan) minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan seperti mana yang diumumkan baru-baru ini Kerajaan Negeri Sabah diperuntukkan RM2 billion bagi tujuan tanaman semula hutan dalam jangka masa 10 tahun. Bilakah peruntukan RM200 juta pada setiap tahun itu dimulakan. |
KLIK DI SINI |
| 05/12/2006 Selasa |
Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (Papar) minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan adakah perbezaan harga getah antara negeri-egeri di seluruh Malaysia. Sekiranya ada, bolehkah dijelaskan mengapa perkara ini terjadi dan apa perancangan Kementerian mengatasinya; dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan nasib penoreh getah terbela. Nyatakan bilangan penoreh berdaftar di negara ini dan bantuan yang diberikan kepada mereka sejak tahun 2003. |
KLIK DI SINI |
| 13/12/2006 Rabu |
Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail (Permatang Pauh) minta Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan status pengeluaran dan permintaan getah dan kelapa sawit pada tahap ini dan dalam jangka sederhana dan panjang dan apakah insentif dan galakan yang diberikan untuk peningkatan pengeluaran kedua hasil ini dan pelaburan dalam pengeluaran barangan tambahan nilai yang memberi banyak manfaat kepada sosio-ekonomi negara. |
KLIK DI SINI |







