THE SENATE PARLIAMENT 2010
| TARIKH | PERTANYAAN | JAWAPAN |
|---|---|---|
| 26/04/2010 Isnin |
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan tentang kuota pengeluaran minyak kelapa sawit di Negara kita. Apakah kuota berkenaan masih ada dan berapa bilangan mereka yang terlibat sehingga kini dan Negara manakah yang banyak membeli minyak sawit mentah dari Negara kita. |
KLIK DI SINI |
| Dato’ Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah kaedah mutakhir mengenai penerimaan dunia terhadap manfaat yang boleh dihasilkan dari penggunaan kelapa sawit sebagai bahan-bahan tertentu dalam industri yang pelbagai dan bagaimanakah Kerajaan dapat mengatasi kempen Anti Sawit yang juga datang dari berbagai bentuk dan rupa sama ada dari luar atau dalam. | KLIK DI SINI | |
|
Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan mengapa Lembaga Perlesenan Kelapa Sawit Malaysia membatalkan semua lesen MPOB kepada koperasi-koperasi dan orang perseorangan peneroka FELDA dan lesen MPOB hanya dikeluarkan di atas nama FELDA sedangkan yang memiliki ladang sawit itu adalah peneroka-peneroka. |
KLIK DI SINI | |
| 27/04/2010 Selasa |
Tuan Pau Chiong Ung minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan ekoran daripada polisi pihak berkenaan untuk mengurang bilangan buruh asing dalam negara, dilaporkan lebih kurang 15% hasil kelapa sawit jatuh dan menyebabkan kerugian akibat kekurangan tenaga pekerja. Apakah tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah. |
KLIK DI SINI |
| 29/04/2010 Khamis |
Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan dapat membangunkan industri kenaf Negara dan dalam masa yang sama mengawal industri tembakau. |
KLIK DI SINI |
| 03/05/2010 Isnin |
Tuan Haji Shamsudin Bin Mehat minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk mewajibkan penggunaan biodiesel untuk semua kenderaan di Negara ini pada tahun depan mendapat bantahan dari mana-mana pihak dan adakah kos tambahan yang akan ditanggung oleh syarikat-syarikat petroleum hasil dari rancangan pelaksanaan ini mendapat persetujuan mereka. |
KLIK DI SINI |
| 04/05/2010 Selasa |
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah Kementerian membendung kejatuhan harga minyak sawit di peringkat antarabangsa. Apakah wujud perancangan Kementerian bagi memaksimumkan penggunaan minyak sawit memandangkan ianya berpotensi sebagai “alternative energy” dalam industri minyak sayuran yang boleh diguna pakai sebagai makanan, produk kimia serta biodiesel. |
KLIK DI SINI |
|
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah Kementerian membendung kejatuhan harga minyak sawit di peringkat antarabangsa. Apakah wujud perancangan Kementerian bagi memaksimumkan penggunaan minyak sawit memandangkan ianya berpotensi sebagai “alternative energy” dalam industri minyak sayuran yang boleh diguna pakai sebagai makanan, produk kimia serta biodiesel. |
KLIK DI SINI | |
| PERTANYAAN BERTULIS | JAWAPAN | |
|
Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan: (a) bentuk insentif yang akan diberi kepada industri kelapa sawit supaya mereka dapat melaksanakan projek penukaran sisa-sisa biomas kepada tenaga hijau dan untuk menyokong syarikat-syarikat yang telah didirikan untuk menjalankan proses tersebut; dan (b) bentuk tindakan yang akan diambil Kementerian untuk menghentikan pembuangan sisa-sisa buah kelapa sawit merata-rata bagi mengelak pencemaran udara dan alam sekitar. |
KLIK DI SINI | |







