HOUSE OF REPRESENTATIVES 2009

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

DEWAN RAKYAT ( 19 Oktober - 15 Disember 2009) : JAWAPAN LISAN

TARIKH PERTANYAAN JAWAPAN
19/10/2009 Isnin Tuan Mohsin Fadzil bin Haji Samsuri [Bagan Serai] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah status outlet Koko Bistro. KLIK DI SINI
Y.B. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak lafe [Mas Gading] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan keluasan tanah dimiliki dan diusahakan pengusaha ladang dan estet di seluruh negara dan jumlah penduduk tempatan yang bergantung penuh kepada industri perladangan ini serta gaji dan upah yang mereka dapati setiap bulan kerana masih ada yang dipercayai dibayar hanya gaji harian kurang dari paras kemiskinan tegar. KLIK DI SINI
22/10/2009 Khamis Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status perkembangan tanaman alternatif seperti kenaf. KLIK DI SINI
29/10/2009 Khamis

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam mengatasi kekurangan skim bantuan tanaman semula getah untuk menampung kos penyelenggaraan akibat kenaikan harga baja dan racun.

KLIK DI SINI

Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [Subang] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah Kementerian dalam memastikan tiada lagi rungutan dan aduan dari negara jiran seperti Indonesia dalam permasalahan dan isu perusahaan kelapa sawit yang melibatkan syarikat masyarakat setempat seperti yang dilaporkan WALIM, sebuah Badan Bukan Kerajaan dari Indonesia.

KLIK DI SINI
03/11/2009 Selasa Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah tahap pembangunan industri kelapa sawit , getah, koko, kayu dan lada hitam berbanding dengan negara-negara lain seperti Thailand dan Indonesia. KLIK DI SINI
05/11/2009 Khamis

Dato’ Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha-usaha terbaru yang dijalankan oleh Kerajaan dalam menstabilkan harga getah dan kelapa sawit.

KLIK DI SINI

10/11/2009 Selasa

 

Dato’ Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah pinjaman terkini untuk syarikat-syarikat yang membangunkan ladang-ladang hutan berlesen di negeri Sarawak. Nyatakan juga bilangan syarikat tersebut dan keluasan kawasan yang sudah dibangunkan selama ini.

KLIK DI SINI
16/11/2009 Isnin

Tuan Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] mohon penjelasan perkara-perkara berkenaan green label adalah seperti berikut:

  • Berapakah syarikat-syarikat kayu balak di negeri Sarawak yang telah mendapat green label untuk dieksport produk mereka ke luar Negara; dan
  • Namakan syarikat-syarikat ini.

 

KLIK DI SINI
17/11/2009 Selasa

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

  • Sama ada Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan penanaman tembakau di negeri Sabah untuk menjana pendapatan para pekebun kecil ; dan
  • sekiranya ya, apakah pihak Kerajaan akan menggalakkan pewujudan kilang memproses tembakau di negeri Sabah sebagai langkah untuk membanteras penyeludupan produk tembakau.
KLIK DI SINI
10/12/2009 Khamis

Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah mekanisme yang patut diwujudkan melalui kerjasama Indonesia/Malaysia yang menjadi pengeluar terbesar minyak dunia menjamin harga yang stabil dan menjamin penanam kelapa sawit.

KLIK DI SINI
14/12/2009 Isnin

Dato’ Seri Ong Ka Ting (Kulai) minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk meluluskan sebahagian daripada tanah Rubber Research Institute (RRI) di Sg Buloh untuk dijadikan kawasan pembangunan campuran yang tidak berkaitan dengan aktiviti penyelidikan.

KLIK DI SINI
15/12/2009 Selasa

Tuan Salleh bin Kalbi [Silam] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan selepas hampir setahun diumumkan, apakah usaha-usaha pihak Kementerian untuk menjadikan Lahad Datu sebagai “a future shipping hub for vegetable oils” di bawah Projek Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC), demi membangunkan daerah Lahad Datu menjadi “Rotterdam of the East”.

KLIK DI SINI


DEWAN RAKYAT ( 15 Jun - 02 Julai 2009) : JAWAPAN LISAN

TARIKH PERTANYAAN JAWAPAN
24/06/2009 Rabu

Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [Tuaran] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai cadangan untuk memperkembangkan perladangan kayu jarak (jatropa) sebagai salah satu perusahaan utama pertanian Malaysia.

 

KLIK DI SINI
Our Agencies :               Our Councils :     Address :
           
Malaysian Palm Oil Council
Malaysian Rubber Export Promotion Council
         
           
    
         
 
| Security Policy | Privacy Policy | FAQ | Sitemap | Links | Feedback to Us | Support Link |

Disclaimer :-
The Government of Malaysia and Ministry of Plantations Industries and Commodities shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any informationobtained from this website.
 
Last Updated : 12 August 2010, All Rights Reserved © 2009 Ministry of Plantation Industries and Commodities Malaysia
Contact us At : aduan @ kppk dot gov dot my; webmaster @ kppk dot gov dot my